Keluaran dan sambutan Pencuri_Hati_Mr._Cinderella

Pencuri Hati Mr. Cinderella ditayangkan pada 10 Ogos 2017 dan merupakan kegagalan besar komersial, sekadar meraih kutipan RM100,000, malah posternya dikecam netizen[3] meskipun mendapat reaksi positif daripada pengkritik dan media tempatan. Ahmad Idham dengan tanpa sedar diri telah berkata: "Maklum balas yang saya terima mengatakan filem ini berjaya lari daripada kisah cinta klise sebelum ini. Bagaimanapun, sambutannya agak mengecewakan apabila hanya mencatat kutipan kurang RM100,000,".[4]